bace tauu !
GaDis-GaDis!!
tolong baca & ingat!! Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! KISAH
BENAR!! AWAS Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny
Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen
minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak
selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan
stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker
dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita
itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia
telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah
diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan
bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi
menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar
tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam
kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia
menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan
mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut
sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke
dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau
telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan
segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup
keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru
ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah
terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan
seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan
merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita
manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada
waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa
menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta
kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang
muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila
ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan
kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan
tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang
diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan!
Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku
di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa
walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta
sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang
tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam
sekitar umum, terutama pada waktu malam!!
No comments:
Post a Comment